Terapi GUASA

Pengenalan:

Guasa‘ merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina. Ia merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesananya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.

Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup di dalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bitik merah kelihatan.

Faedah Guasa:

More...

  • Mudah dipelajari
  • Boleh dilakukan pada bila-bila masa
  • Tanpa sebarang kesan sampingan
  • Boleh dilakukan dengan berpakaian.

Terapi Guasa Telah Dilupakan

Akibat daripada pengenalan teknologi perubatan yang moden, kepentingan kebanyakan tradisi telah diabaikan oleh masyarakat yang moden. Guasa juga dianggap sebagai rawatan tradisi yang tidak bersaintifik oleh generasi yang muda dan lama kelamaan, ianya dilupakan.

Kebangkitan Terapi Guasa

Cara kehidupan komuniti masa kini adalah amat tertekan disebabkan kemajuan dan perkembangan ekonomi yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan. Kebanyakan daripada kita kekurangan masa untuk melakukan senaman dan ini mengakibatkan gangguan kepada sistem metabolisma badan. Keadaan ini akan mengundang kehadiran komplikasi dalam kesihatan seperti penyakit-penyakit kronik yang sukar dirawati dengan menggunakan teknik perubatan moden.

Lantaran itu, terapi guasa telah digunakan kerana ia didapati mempunyai kesan yang memberangsangkan terhadap masalah kesihatan kita. Teknik guasa juga disokong oleh teori-teori perubatan yang maju. Tambahan pula, alat untuk guasa masa kini telah diperbaharui dan amat bersesuaian untuk dijalankan sebagai kaedah terapi yang amat praktikal oleh masyarakat moden.

Apakah Itu Guasa

Senaman yang betul adalah baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Ia juga merangsangkan kadar metabolisma kita dan membantu melambatkan proses penuaan. Malangnya, oleh kerana faktor masa dan ruangan yang terhad, senaman yang berterusan semakin sukar dilaksanakan oleh kebanyakan kita. Sebaliknya, tarapi Guasa adalah satu teknik yang praktikal kerana ai boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Dengan hanya melakukanya selama beberapa minit setiap hari, ianya sudah cukup untuk memberikan kesanyang efektif terhadap kesihatan kita.

Kebaikan Guasa

  • Untuk meningkatkan metabolisma
  • Untuk meningkatkan sistem pengangkutan darah
  • Untuk merangsangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi dan membuang darah statis
  • Untuk menguatkan sistem pertahanan badan
  • Untuk menyerikan kulit dan tolong melambatkan proses penuaan
  • Untuk menguatkan proses penuaan
  • Untuk menguatkan badan
  • Untuk merawat penyakit
  • Untuk menunjukkan sumber penyakit

Alat-alat Yang Diperlukan Untuk Guasa

Minyak Aro Guasa:

Minya guasa diperbuat daripada pati herba semulajadi yang dapat diserap dengan berkesan oleh kulit untuk membantu menggalakkan pengedaran darah.

Peringatan :
Jangan menggunakan bahan-bahan kimia ataupun losyen yang lain untuk tarapi guasa. Hanya minyak guasa sesuai digunakan untuk memperoleh faedah yang maksimum.

Papan Guasa:
Ia diperbuat daripada tanduk kerbau dan merupakan alat yang penebat elektrik. Ini menyebabkannya berkesan dan sesuai untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan. Kegunaan papan ini tidak menghasilkan sebarang geseran atau haba. Keberkesanan terapi guasa boleh ditingkatkan dengan menggunakan papan ini.

Peringatan:

Jangan rendamkan papan guasa di dalam air dan papan guasa perlu dikeringkan setelah di guna.

Alat urutan guasa yang di perbuat dari tanduk kerbau

Alat urutan guasa yang di perbuat dari tanduk kerbau

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa

  1. Selsema
  2. Buwasir
  3. Sembelit
  4. Sakit Kepala
  5. Insomnia
  6. Kelesuan
  7. Sakit Sendi
  8. SakitPinggang Yang Teruk
  9. Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang
  10. Terseliuh
  11. Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun
  12. Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur
  13. Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat
  14. Tekanan Darah Tinggi
  15. Sakit Semasa Haid
  16. Kelemahan Fungsi Fisiologi
  17. Kurangkan Lemak
  18. Kelemahan Badan
  19. Mengeluarkan Kahak
  20. Myopia
  21. Tersedu
  22. Sakit Perut
  23. Kurang Selera Makan
  24. Cirit Birit
  25. Mabuk Kereta
  26. Mabuk Arak
  27. Histeria
  28. Bahu Dan Belakang Yang Tegang
  29. Kekejangan Kaki Dan Abdomen
  30. Tekanan Darah Rendah
  31. Mata Yang Letih
  32. Pening
  33. Hidung Bengkak Dan Berair
  34. Hidung Berdarah
  35. Sakit Gigi
  36. Rasa Muntah Semasa Mengandung
  37. Kekurangan Penghasilan Susu
  38. Keradangan Pundi Kencing
  39. Kanak-kanak Yang Lemah
  40. Kencing Semasa Tidur
  41. Lelah
  42. Tumor
  43. Kaki Berbau Busuk

Buku dan bahan bacaan.


Buku Urut Guasa ; oleh tabib cina EN. Ngau Heong. Menerangkan mengenai kaedah dan teknik urutan guasa. Satu-satunya buku mengenai guasa dalam bahasa melayu. Buku rujukan utama bagi seseorang yang berminat untuk mendalami  ilmu urutan guasa yang telah bertapak semenjak 3,000 ribu tahun dahulu.

Buku Urut Guasa ; oleh tabib cina EN. Ngau Heong. Menerangkan mengenai kaedah dan teknik urutan guasa. Satu-satunya buku mengenai guasa dalam bahasa melayu. Buku rujukan utama bagi seseorang yang berminat untuk mendalami ilmu urutan guasa yang telah bertapak semenjak 3,000 ribu tahun dahulu.

Buku kompek maklumat  guasa . Terdapat lebih dari 40 penyelesaian guasa untuk penyakit-penyakit moden seperti masalah haid, migrain, batuk, selsema dsb

Buku kompek maklumat guasa . Terdapat lebih dari 40 penyelesaian guasa untuk penyakit-penyakit moden seperti masalah haid, migrain, batuk, selsema dsb (spt yang tertera pada laman penyakit yang boleh di rawat)

::Video Guasa::

Label: , ,

22 Respons to “Terapi GUASA”

  1. hussein Says:

    berminat nak beli buku terapi guasa….perlukan maklumat lanjut 0192240807

  2. roslanothman Says:

    terima kasih atas komen.

    sila rujuk emel untuk maklumat lanjut.

  3. mimie hamsiah said Says:

    saya berminat untuk membeli buku terapi guasa…sila email saya.

  4. hanun Says:

    saya pernah cuba pakai untuk rawatan muka..pada mulanya ada sedikit perubahan tapi setelah saya mula memakai pendakap gigi, saya rasakan perubahan pada kulit muka yang bertukar pedih dan gatal-gatal yang amat. di sini saya ingin bertanya adakah pemakaian pendakap gigi yang daripada unsur besi boleh mengakibatkan kesan buruk? atau disebabkan cara penggunaan yang salah?

  5. danaukota Says:

    saya berminat untuk membeli buku kaedah terapi & maklumat guasa, sila hubungi saya.

  6. idris Says:

    Saya berminat membeli buku urut guasa,dimanakah saya boleh membelinya di Johor Bahru?

    Saudara idris , sy tk pasti di JB . Tapi kalau kedai buku popular seperti MPH / Popular memang tak ada. Terus hubungi jika masih berminat. Terima Kasih.- my-localstore

  7. muhd jufri abdul karim Says:

    saya berminat untuk membeli buku kaedah terapi & maklumat guasa, sila hubungi saya.

  8. anwar sani Says:

    assallamua’alaikum……salam sejahtera untuk sang tabib NGAU HONG.Setelah membaca buku yang beliau terbitkan ,saya ingin membeli buku2 yang lainnya seperti BUKU KAEDAH TERAPI URUT TAPAK KAKI,apakah saya bisa memilikinya dan brapa harganya.trimakasihWASSALLAM

  9. NIZAM Says:

    INGIN DAPATKAN BUKU URUTAN GUASA. ADA JUAL DI SEBERANG PERAI KA?

    saya jwb melalui emel. tk.

  10. mohamad yunus abdullah Says:

    Terima kasih atas ketrrangan tentang guasa,saya juga telah mencuba terapi cara guasa,kesannya amat menakjubkan.sesiapa yang ada masalah kesihatan jangan takut untuk mencubanya.Sila hubungi saya untuk ketrangan lanjut.

  11. rina Says:

    Saya ingin mendapatkan buku rawatan guasa ini. bagaimana caranya??
    saya berada di Petaling Jaya.

  12. syed Says:

    Aslmkm,

    saya juga berminat nak beli buku ni, berapa kosnya. Terima kasih

  13. SYAM Says:

    Tuan
    Boleh bagi harga kayu guasa dan buku cara urutan dan minyak di sini ?dan dimanakah boleh saya mendapatkan prdk tersebut di sekitar kuala lumpur atau ceras
    tq

  14. fateem Says:

    mak sy ada sakit pinggang…
    nak beli kat mana?…berapa harganya?

  15. sofia Says:

    sy bermint … tlg email sy.. terima kasih

  16. katerina Says:

    Saya berminat untuk members buku ini dan papan guasa

Tinggalkan Jawapan kepada NIZAM Batal balasan